| Wednesday, 16-Aug-2006 12:00 |
|
The Majestic Grand Canyon
|
|
Aku nak wewujudkan kesan dramatik sedikit macam fotopages org lain yg mana dia org letak gambar besar dekat tempat area text itu. Tapi aku tak tahu macam mana nak buat lah, kalau ada yg sudi mengajar, tolong private message saya ye, terima kasih.
Esoknya bangun shj daripada tidur, kami bertolak ke Grand Canyon. Pagi lagi dah bangun, kami berkumpul dalam pkl 7 pagi macam tu, perjalanan pergi ke Gran Canyon daripada LV lebih kurang 7 jam. Tak banyak sgt benda2 yg menarik dalam perjalanan terjadi. Tapi memang letih lah naik bas. Sampai dekat Gran Canyon, pergi ke National Geographic Visitor Center dulu, di visitor center ini, boleh dapat maklumat latar belakang mengenai Grand Canyon. Ada jugak Imax kat sini, kalau berminat boleh lah tgk. Infact, hampir kesemua tempat yg aku lawati di US ini pasti ada Imax Theater, aku tak pernah masuk pun, patutnya try ek. ;-)
Lepas berenti kat Visitor Center n makan, baru gerak ke Grand Canyon nye, musim panas memang ramai org. Tempat yg paling senang nak pergi ialan North Rim inilah, biasanya banyak pelancong ke sini, di buka sepanjang tahun. Walaupun begitu, luar drpd musim panas, facilities agak limited sikitlah. Masa musim sejuk, bersalji jugak di sini. South Rim, dengar cerita lebih cantik, tapi susah nak ke sana, walau pun jarak lurus dari north ke south lebih kurang 30 batu shj, tapi kalau ikut jalan yg sebenar, naik kereta kita akan drive sejauh 300 batu utk sampai. South Rim juga hanya di buka musim panas, lain drpd itu, terlampau bahaya utk dibuka kepada umum.But the reward is better. :-D
Mula2 awal2 dulu ada jugak plan utk hike ke dasar, mgkn spend satu malam dekat dasar grand canyon, boleh camping atau duduk di cabin, tapi kebiasaan nya, utk book cabin tersebut, perlu masa selama setahun atau 2, bergantung pada availability. Dan agak mahal juga utk tggl di sana. Tak apelah, sampai pun ok lah ye, kalau ada rezeki lain bermalam lah di sana. 8-)
|