Memang dah lambat sangat nak update fotopage ni. Sibuk dan tak betul betul cari masa nak update pun satu isu gak.
Gambar2 ni semua sebelum Sichuan di landa gempa hari itu. Tapi di bandar Chengdu, gempa nya tidak lah menyebabkan bangunan runtuh. Cuma ada jugak banyak yg retak berdasarkan maklumat dari rakan sekerja yg berada di tempat kejadian semasa itu. Jadi dapatlah dia merasa gempa bumi.
Dua tempat yang kami pergi, Panda Natural Conservation Centre dan jugak Jinli Street Ancient Market.
Panda adalah Harta Karun Kebangsaan China (National Treasure), binatang ini semakin pupus dan sekarang hanya boleh didapati di Negeri Sichuan sahaja. Ada Satu lagi pusat pembelaan Panda di Sichuan, di Woolong, tapi kami tak sempat lah nak pergi, sedikit jauh. Ada 2 jenis panda rupa nya, yang biasa di lihat warna hitam putih tu, dan jugak panda merah, yg aku pegang tu. Tapi nampak macam musang ye tak. Panda merah tu boleh di pegang dgn kos kalau tak silap RM 20 agaknya. Oh ye, yuran masuk ke park ini dalam RM15 kalau tak silap. Mungkin tersilap, dah lama sangat pun.
Jinli Street pulak adalah satu section bandar Chengdu yg original. Semua bangunan dan struktur nya sudah wujud sejak lebih kurang 400 tahun yg lepas. Jadi dapatlah tengok rupa bandar lama. Tapi sekarang kebanyakan kedai, adalah kedai moden. Tapi memang menarik.